Laman web gambar kucing comel ini dibina khas untuk memaparkan gambar-gambar kucing yang menarik, comel dan mencuit hati. Sebahagian dari gambar kucing ini adalah gambar kucing saya. Saya sebenarnya adalah peminat kucing dan saya suka membela kucing. Gambar kucing ini dah lama saya simpan dan akhirnya saya buat keputusan untuk masukkan dalam internet untuk dikongsi bersama peminat-peminat kucing dan juga yang suka tengok gambar kucing. Bagilah komen tentang gambar-gambar kucing ini.

Tuesday, July 26, 2011

Gambar Kucing Montel

Gelagat dan telatah seekor kucing montel yang comel ketika sesi bergambar di atas padang rumput berdekatan dengan sebuah bengkel motor. Dia ni seekor kucing betina yang sedang mengandung. Pandai gak kucing ni bergaya... siap bergolek dengan telatah yang cukup comel ketika sesi bergambar.

gambar seekor kucing yang sangat montel
Dah ambil gambar ke bang?...

gelagat kucing montel yang comel
Posisi macam ni cantik tak bang?...

gambar seekor kucing montel bergolek atas rumput
Posisi yang ni mesti cutekan bang?... Laaa takkan ambil tiga keping gambar je bang... ambil lagi gambar sebanyak yang mungkin...

Kucing ni mungkin berkata dalam hati 'menyampah aku ngan mamat ni... Aku dahlah letih letih bergolek ke sana ke mari... tiga keping gambar je.. Ciss!! Tak berbaloi!!'

2 comments:

  1. I read your post. It is very Interesting. And i am Sure its very Beneficial for me. please keep it up
    world Entertainment

    ReplyDelete
  2. kucing paling comel...saya pun suka cuma takut jer nak pegang lebih2...saya kalu minat nak pegang, saya panggil kwn saya pegangkan...hehehe...

    ReplyDelete

No SPAM Please... SPAM comments will be deleted upon review

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Blog Kegemaranku